Adakah ini yang di namakan penantian.Bermulanya kisah apabila aku dapat menyambung pelajaran ku di tingkatan enam di salah sekolah agama di kajang.pertemuan dengan insane bernama lelaki yang tidak ku sayangi tetapi melihat kawan seusiaku berpacaran hati juga mula tertarik untuk bercinta..ketahuilah aku tidak pernah mengerti apa itu cinta.Aku bukan gadis yang sempurna tetapi aku bersyukur aku punya angota yang sempurna.pernahkah kalian terfikir akan bercinta dengan orang yang tidak kita cintai..pasti itu hanya kerja gila..tapi itulah kenyataanya….
Tapi segalanya berubah selepas aku mengenali insan yang cukup sekadar aku mengelarkan dirinya A.Pertemuaan bermula apabila A menjadi salah seorang fasi dan aku menjadi urusetia satu program yang dilaksanakan oleh bekas – bekas pelajar berkenaan.Kiranya cintaku cinta pandang pertama.A tidak mengetahui hal ini kerana ku pendamkan sendiri juga kawan – kawan baik ku.Aku cuba mendapatkan biodata A dan nasib menyebelahiku dengan tanganya sendiri A menulis apa yang aku kehendaki.
Pada asalnya mungkin berakhirnya program itu maka berakhir jugalah episot itu tetapi takdir ku bukan hanya di situ. Selepas seminggu program itu berlalu A ku jumpai semula.Dengan keberanian aku memulakan perkenalan. Mungkin di sini kesalahan ku tapi atas nama cinta aku mengabaikan semua itu.Segala – galanya hanya palsu mengenai diriku. A tidak mengetahu aku adalah aku yang A tahu aku adalah pelajar university di ibu kota. Segala – galanya bermula disini. Hubungan ku dengan kekasih tanpa cintaku itu telah berakhir apabila dia mengetahui hubungan ku dengan A. tapi hanya aku yang tahu mengapa aku melepaskanya…mungkin semua ini telah dirancang sejak azali aku bernazar akan memutuskan hubungan ku dengan dia kerana bonda pada masa itu sakit yang kami sekeluarga tidak menetahui apakah sakitnya…andai anda berada di tempatku memangku ibu sedang tenat adakah mustahil kata – kata sebegitu akan terkeluar dari mulutmu. Yang ingat pada masa itu untuk belajar bersungguh – sungguh tanpa main – main dan cinta. Memandangkan tahun itu aku bakal menghadapi STPM. Dengan izin Allah ibu sembuh, maka aku perlu menunaikan nazarku..tapi aku cuba melupakanya tapi janji kita pada Allah tidak mungkin akan terhapus kerana perancangan Allah lebih sempurna. Datang A umpama memberi alas an kepada aku untuk memutuskan hubungan kami.Apabila orang tidak berada di tempatku orang akan mengatakan aku kejam meningalkanya tapi apa lagi yang harus aku lakukan???
Selepas itu aku dan A lagi kerap berhubung tanpa pernah bersua muka.kami hanya “bercinta” melalui telepon.yang parahnya aku mula jatuh cinta denganya. Aku memberitahu A akan kebenaran itu. Yang menjadi masalahnya A juga mula menyintaiku tanpa mengenali ku..Adakah ini boleh dikatakan bercinta?? Dengan apa yang telah aku lakukan. Aku tidak berani memberi tahu siapa diri aku yang sebenarnya..Berdoasanya aku pada A tetapi aku benar – benar menyintainya. Setahun berlalu aku masih menjadi kekasih A. Sehingga satu saat aku tidak sanggup lagi berbohong ku ceritakan segalanya..Aku mengirimkan gambarku padanya..dalam hatiku mungkin itu adalah pengakhiran dalam percintaan kami..tapi sangkaan ku meleset sama sekali, A makin yakin dengan cintanya…luahan kata – kata cinta sering kali menitip dibibir A. Pada masa itu mengapa kami tidak pernah berbicara untuk bersua..semasa aku menulis kisah inilah baru aku terfikir…cinta kami kian mendalam, sehingga satu pagi selepas aku mengejutkanya untuk bersolat subuh kerana itu sudah menjadi tugasku setiap pagi, A menyatakan A dapat rasakan “aku adalah tulang rusuknya”..sebagai seorang wanita apakah perasaan kalian apabila sang kekasih berkata sebegitu rupa? Tapi di sebalik kebahagiaan dan kegembiraan aku sering beringat apa – apa pasti boleh berlaku dengan hubungan kami..bersama A adalah suatu yang cukup istemewa kerana A adalah lelaki yang sentiasa mengingatkan aku akan Yang Maha ESA..Alangkah bertuahnya aku pada masa itu ada insan yang membimbingku..Aku tahu A benar – benar mencintai ku tapi aku juga tahu A ada juga rasa ragu adakah dia benar – benar yakin dengan keputusanya..menyintai wanita yang hanya mendengar suara dalam telepon dan gambar di atas helaian kertas.Kalian pasti pernah mendengar dan membaca kisah seperti ini bukan?dan akhirnya pasang hidup bahagia…tapi itu bukan kisah ku…aku hanya ditemani sang air mata selama 5 tahun..begitu dalamnya cintaku padanya..
sambungan nyew nanti ek..~
No comments:
Post a Comment