Wednesday, July 6, 2011

satu nama yang kurindu : ABAH !!


ABAH ... itulah satu nama yang hanya mampu menyayangi ku selama 17 tahun...saat aku meningkat dewasa yang baru mengenal dunia sebenar yang tekad ingin membalas jasa abah selepas tamat tingkatan lima semua impian abah masih utuh didalam ingatan...

seminggu sebelum 20 january 2008 airmata ini sudah mengalir mengenangkan abah yang demam..aku lah anak abah yang menangis saat abah sudah seakan2 tidak mengingati hari dan juga lupa apa yang berlaku...khamis ( 17/1/2008) masih berlegar2 di ingatan ucapan n pertanyaan abah kepada abang kedua ku " abg ina ambik dik no dulu nnti baru pergi klinik " .." abah nono dah balik la..bukan hari ni abah pergi klinik esok..hari ni baru khamis" balas abg ku...saat itu air mata ku sudah mengalir..aku tidak sanggup untuk memandang abah yang sedang berbaring di kusyen...aku hanya mampu menundukkan kepala serasa malu untuk menangis di hadapan dua orang kakk ku..

jumaat tiba dengan cepatnya..abah serta kakak dan juga abang ku menemani abah ke klinik untuk mendapatkan rawatan susulan sama ada abah positive mempunyai penyakit tiga serangkai atau sebaliknya..ketika abah menghantar aku, dihadapan pintu pagar sekolah aku mencium tangan abah lalu abah menarik tangan ku dan membawa jari ku ke pipi..tersa hangat tangan abah...

ketika diperhimpunan aku tidak dapat menahan sedih dan pilu mengenangkan abah..namun ku hanya mampu berdoa..sekembali daripada sekolah berita baik di khabarkan bahawa abah bebas daripd penyakit 2..alhamdulillah syukur abah sihat..namun kami sangka kan pnas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari..

demam abah masih berlarutan..

malam menjelma dan kami ingin abah segera di bawa ke rumah sakit namun ketika itu bang tiada dirumah kerana bermalam dirumah ibu mertuanya...aku trepkasa menelefon abang agar pulang..namun selepas berfikir lebih elok abah dibawa ke hospital esok kesian jika abah terpaksa tido di luar jika ke hospital malam2 buta..abang segera pulang bersama anak sulung yg baru berusia 28 hari n isteri...

keesokkn harinya abah mengendong cucu sulung nya..dalam hati kami mungkin abah rindu dgn cucu sulung nya itu...

bukkkk...satu bunyi seperti sesuatu jatuh kedengaran dari bilik abah...kami bergegas ke bilik dan melihat abah tertiarap di lantai dgn memandang sayu kearah kami...aku tidak dapat menahan tangis..aku menangis disebalik pintu bilik abah...semua yg berada dirumah menangis masakan tidak dulu abah seorang yg gagah kini lemah untuk berdiri ...mahu membuang air kecil juga dgn bantuan mak dan abang...aku terpandang wajah abang..merah mata dengan titis airmata dikelopak matanya..oh abang juga sayu melihat abah...aku masih ingat mak berpesan kepada abang “ ina jangan nangis depan abah nanti abah lagi sedih “ ..abang Tanya pada abah..” abah sakit x..hanya gelengan daripada abah....abah!!! kenapa wajah mu tenang..

abah terpaksa diangkat untuk dibawa ke hospital kerana lemah untuk berjalan..sesampai dihospital abah dimasukkn ke wad..abah kene masukkn air dalam badan kerana lemah..

kakk balik untuk mengkhabarkan berita gembira itu..kami memanjatkan kesyukuran kepada illahi abah sudah sembuh..mak bagi tahu abah dh shat, boleh makan banyak !! maksudnya abah dah shat...kami sangat2 gembira tapi itu hanya sementara

petang ahad kami mendapat panggilan telefon daripada mak yg abah tenat...kami tidak sangka cepat sungguh keadaan abah berubah..mak sempat berpesan bersiap sedia??apa maksudnya !!!

hanya dua kakk n abang yg pergi kehospital..keadaan hospital penuh dgn orang yg melawat abah..ketika diperkarangan hospital mak sempat menelefon kakk supaya cepat takut xsempat bertemu abah...kakk cerita sesampai di hospital leher abah sudah ditebuk..ada darah..hanya mesin yang membantu abah buat masa nie...mak ad bisik kat kakk.”abah lemas terlebih masuk air doctor suruh mak tndtgn satu surat supaya abah x dibawak ke hospital lain..mak sain je sian tengok abah terseksa sakit..”

tepat 6.15 petang abah pergi buat selama-lamanya...malam sebelum abah dikebumikan mata abah seolah2 tidak tertutup rapat..ramai yang cakap mungkin abah merindui anak nye yang masih belum sampai...simpati aku buat kakk ku yang sekarang degree di shah alam ..ketika itu kakk masih diploma di arau..disebabkan tersilap dengar kakk tidak tahu abah meninggal sehingga la dia sampai dirumah dan tergamam abah sudah tiada ketika itu di menangis semahu nya kerana sudah sebulan selepas raya tidak berjumpa sehinggalah abah pergi menutup mata selamanya...ketika aku dan 3 orang kakk bertemu abah buat kali terakhir, terpancar sinar diwajah abah...senyuman diwajah buat insan tersayang ...

akhirnya abah pergi dengan tenang dan semoga ABAH ditempatkan digolongan orang yang beriman..


AMIN

No comments:

Post a Comment