Wednesday, October 5, 2011

bukan kisah dongeng saya !

motif picture ni ? sahaja :D adik saya yang lukis ;)

Nak flashback zaman sekolah tadika dulu . dulu masa saya umur 6tahun saya masuk tadika tapi lambat sebulan sebab ikut tarikh lahir . so saya tak kenal dengan budak- budak tadika tu la. Jadi saya selalu kena buli dengan senior ( konon senior ) . saya tak buat apa-apa pun mereka cakap saya yang buat hal . sampai sekarang saya berdendam dengan mereka ( saya memang suka berdendam ) haha

Saya pergi tadika naik motorsikal dengan abah dengan kakak2 saya. Naik motor BAC ( plat motor ) saya duduk depan pagi2 rasa sejuk je sebab duduk depan so dapat aircond free J rasa rindu dengan kenangan dulu . abah sanggup redah hujan demi anak2 abah untuk Berjaya .

Balik tadika saya naik basikal dengan mak . saya bukan dari keluarga yang kaya ada driver. Abah kerja buat rumah orang so kalau tunggu abah mesti balik lamba jadi mak ambik. Tak jauh tapi sian la mak penat || saya nekad nak belajar rajin-rajin . masa tadika saya selalu dapat markah tinggi jadi mak dan abah boleh bangga dengan saya . saya pun akan rasa bahagia nampak mak dan abah gembira .

Lepas tadika saya masuk darjah satu. Bermula la episode baru yang saya kena belajar dengan cara yang lain. Masa tadika balik awal . pakai tudung pun macam chipsmore masa sekolah rendah dah kena pergi sekolah agama kena la tutup aurat kan .

Dulu-dulu abah suka bawak saya sarapan kat kedai . abah akan order air teh panas lepas tu abah akan tuang dalam piring untuk saya. Abah selalu buat macam tu dekat kakak-kakak dan adik-adik saya. Rindu dengan masa lalu .

Sekolah rendah pun satu cabaran untuk saya. Selalu kena ejek sebab saya sakit.tak perlu la saya cerita sakit apa nanti panjang pulak . biasa la zaman kanak tapi saya masih ada kawan. Saya ada syikin nisha farhana dan amira . itu geng saya la. Sekarang semua dah jadi anak dara yang cantik ! masa dajah 3 saya dengan kakak pernah kena ganggu dengan lelaki gila seks masa nak pergi sekolah. Sangat biadap . sampai sekarang saya ingat motor si biadap 2 kalau saya jumpa saya kan patahkan anu dia dan sepak laju2.

Masa sekolah rendah walaupun ada pahitnya tapi masih ada manisnya. Kat sekolah saya selalu dapat hadiah. Ada yang dapat untuk kedudukan dalam kelas , subjek tertinggi , dan paling best dapat anugerah tokoh pengawas masa darjah 6. Saya juga penolong ketua pengawas tau masa darjah 6 bergandingan dengan si hensem boy taufiq fakhri ( kawan baik sampai sekarang )

Sekolah menengah rasa gementar sebab dapat kawan baru tapi lama-lama banyak kenangan dekat sekolah tu . form 1 dan form 2 duduk hostel lepas tu keluar sebab saya tak suka la jauh2 dengan family . asyik nangis je . kalau cerita waktu sekolah menengah tak habis berpage-page la gamaknya.

Tipu la kau saya cakap saya tak suka siapa-siapa masa sekolah menengah. Saya ada jugak suka jejaka ni. Tapi biasa la suka-suka monyet . kejap ada kejap tak ada . dia pun baik jugak . tapi bila dah besar . dia pun mungkin dah ada awek , jadi kena la lupakan. Tengok fb dia pun rasa dah ada kot . saya tak kesah sangat dah. ( dia tak baca blog saya so tak apa cerita kan ). Saya ada kawan baik dan rapat sampai masuk u pon sama kursus pun sama . nama dia nor julaiha kharuddin . best kawan dengan dia. Sempoi . Rindu sama hani nasyrah pya tya jieha zarina cha2 anum cda Mariam dan satu class 5F dan 5N . dan semua cikgu - cikgu

Sekarang 2011 saya dah masuk tahun ke3. Tapi sebab sakit kena la extend . sakit apa ? tengok la post yang lama . saya dah pernah cerita . masuk u ni saya tak ada cerita cinta sebab setia pada janji si dia . konon . lastnya dia tak ingat pun saya dah. Dah nasib orang tak cantik selalu kena tinggal kan . lupakan semua itu .

Saya ada kawan baik jugak kat uitm saya ada yantee . yantee la orang yang saya paling rapat sebab satu bilik sampai kami rasa macam adik beradik. Sekarang rindu sama dia sebab dah lama tak jumpa. Last jumpa before saya nak operation hari tu. Siti pulak baru je rapat ada jugak saya kawan lain nas dan adik2 comel suha fedy dan wani yang otak nya tak berapa normal. Tapi dorang semua simple dan best . .

kalau satu kos ukur bahan saya ada rose ya zati ira n nani. semua gila. bising . rindu la sama dorang. banyak kenangan dengan mereka. lebih2 lagi rose si rambut kerinting. tapi sekarang dia dah degree. tak sabar nak jumpa mereka ;D

Kalau cerita pasal masa lampau pasti ada sedih gembira duka lara . tapi masih ada sokongan dorongan bagi saya dah cukup bahagia .

Masa ini saya hanya fikir untuk bahagiakan mak dan adik beradik. Cinta kahwin mungkin masih awal untuk itu. Andai jodoh ada mungkin ada. Allah dah tetapkan semua itu Sebab kita hidup mengalas takdir yang Allah dah tetapkan untuk kita . takdir itu telah ada saat roh dan jasad bergabung .

2 comments:

  1. ifa athirah : cantik ? thanx . ahhh adik bongsu yg lukis. actually picture ni dh crop . ad yg full picture . adik mmg suka lukis2 pic gne something yg sy pon xtau . hehe. btw. tq coz jalan2 kat blog saya ;)

    ReplyDelete