balik bilik terus online facebook dan chat dengan abang naim sendiri . bukti ? ok lihat la .
✿ sweet sour si nail cup ✿
(。❤‿❤。) “Life is like a novel. Its filled with suspense. You have no idea what is going to happen until you turn the page.” (。❤‿❤。)
Friday, July 13, 2012
saya dan mirwana :)
balik bilik terus online facebook dan chat dengan abang naim sendiri . bukti ? ok lihat la .
Friday, June 22, 2012
; pelajar sepenuh masa ;)
10/6/2012
buat pendaftraan dengan tiada semangat ; separuh jiwaku pergi . rasa memang tak nak balik kolej sebab dah lama cuti, duduk rumah sangat best kan kan ? 2 semester saya tinggalkan UiTM perak. tup tup kena masuk balik sambung pengajian untuk semester akhir . awesome tak ? hurmmm :( tapi saya kena belajar untuk menuntut ilmu dan untuk berada dalam kalangan DIPLOMA UKUR BAHAN ;)
masuk perkarangan UiTM rasa berdebar-debar. macam hati dilanggar gajah. mana tak , risau tak dapat kolej. kalau tak dapat tak ke melabur duit saya kena duduk luar. dengan tak ada PTPTN . oh saya kena cari bapak ayam or jadi anak ikan ? tak hingin derrr.
last nya " awak daftar kolej cempaka sari " . ayat itu yang saya nak dengar. yes yes saya dapat kolej jimat duit jimat duit# rasa macam baru part1 nak daftar terexcited.
dapat bilik dengan adik-adik junior kos saya dan kos lain. apa-apa pun masih ok dan best.
11/6/2012
hari first dah ada cabaran tak ada letrik. pakai baju kedut la gamaknya. dalam hati nak pergi kelas semua ada ; ok ke semuanya, semua nak kawan dengan saya ke? mesti dorang ingat saya repeat kan ? malu pun ada tapi lepas masuk kelas " ok la, tak kesah la janji dapat habiskan diploma dengan jayanya. " tekad dalam hati tu.
dugaan jangan kata, ada jugak, dengan silap bayar yurannya, selesaikan PTPTN, keluar masuk HEP. sodeh hati den ;( . tapi pasti ada hikmahnya.
hari-hari seterusnya . . .
kelas macam biasa bila part6 mesti ada final projek. so masa itu la part6 boleh jadi zombie kampung pisang. semua buat-buat busy. rasa best kan? jom la join QUANTITY SURVEYING .
bila semester akhir ni, jiwa nak balik rumah tu makin meluap-luap macam valcano gunung berapi. tapi apakan daya. kena tunggu cuti semester seblum hari raya.
p/s : jangan lupa nantikan novel sulung saya. masih dalam penulisan. sila sokong karya saya ;)
Tuesday, November 8, 2011
gila novel dan gila drama " novel "
Monday, November 7, 2011
telefilem kekasih awal dan akhir ;D
‘Kekasih Awal dan Akhir’ ini menceritakan tentang Awal, lakonan Aaron Aziz, merupakan seorang pelajar Universiti dan mempunyai perwatakan yang kacak serta bergaya. Perwatakannya itu membuatkan ramai gadis terpikat dengan dirinya. Di Universiti, Awal mempunyai seorang sahabat karib iaitu Julia (Fauziah Gous). Keakraban mereka membuatkan Julia menaruh hati terhadap Awal. Namun, Awal tidak pernah menganggap Julia lebih daripada sahabat.
Kedua mereka begitu aktif dan masing-masing telah mengambil bahagian menjadi sukarelawan untuk satu kempen. Di situ, Awal berkenalan dengan Akhirah, yang dilakonkan oleh Siti Saleha. Apabila Julia mendapat tahu, dia terus meluahkan perasaan terhadap Awal, namun cintanya ditolak. Julia kecewa dan membawa diri. Awal mendekatkan diri dengan Akhirah dan sayangnya terhadap Akhirah bertambah apabila mendapat tahu Akhirah tiada ibu dan bapa. Awal nekad mengahwini Akhirah dan akhirnya setelah tiga tahun berlalu, Akhirah mengandung.
Bak kata pepatah, sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Akhirah terlibat dalam kemalangan jalanraya dan Akhirah sudah tidak seperti dahulu lagi.
Nama Aaron Aziz semakin melonjak dipesada seni dan diminati ramai. Dan buat pertama kalinya, beliau telah mengarahkan telefilem khas buat Media Prima dan ianya juga merupakan arahan pertamanya di Malaysia menerusi Aaron Aziz Productions Sdn Bhd.
jangan lupa saksikan " kekasih awal dan akhir di tv9 , 9 nov 2011 , 8.30 mlm ;D
Wednesday, October 5, 2011
bukan kisah dongeng saya !
Nak flashback zaman sekolah tadika dulu . dulu masa saya umur 6tahun saya masuk tadika tapi lambat sebulan sebab ikut tarikh lahir . so saya tak kenal dengan budak- budak tadika tu la. Jadi saya selalu kena buli dengan senior ( konon senior ) . saya tak buat apa-apa pun mereka cakap saya yang buat hal . sampai sekarang saya berdendam dengan mereka ( saya memang suka berdendam ) haha
Saya pergi tadika naik motorsikal dengan abah dengan kakak2 saya. Naik motor BAC ( plat motor ) saya duduk depan pagi2 rasa sejuk je sebab duduk depan so dapat aircond free J rasa rindu dengan kenangan dulu . abah sanggup redah hujan demi anak2 abah untuk Berjaya .
Balik tadika saya naik basikal dengan mak . saya bukan dari keluarga yang kaya ada driver. Abah kerja buat rumah orang so kalau tunggu abah mesti balik lamba jadi mak ambik. Tak jauh tapi sian la mak penat || saya nekad nak belajar rajin-rajin . masa tadika saya selalu dapat markah tinggi jadi mak dan abah boleh bangga dengan saya . saya pun akan rasa bahagia nampak mak dan abah gembira .
Lepas tadika saya masuk darjah satu. Bermula la episode baru yang saya kena belajar dengan cara yang lain. Masa tadika balik awal . pakai tudung pun macam chipsmore masa sekolah rendah dah kena pergi sekolah agama kena la tutup aurat kan .
Dulu-dulu abah suka bawak saya sarapan kat kedai . abah akan order air teh panas lepas tu abah akan tuang dalam piring untuk saya. Abah selalu buat macam tu dekat kakak-kakak dan adik-adik saya. Rindu dengan masa lalu .
Sekolah rendah pun satu cabaran untuk saya. Selalu kena ejek sebab saya sakit.tak perlu la saya cerita sakit apa nanti panjang pulak . biasa la zaman kanak tapi saya masih ada kawan. Saya ada syikin nisha farhana dan amira . itu geng saya la. Sekarang semua dah jadi anak dara yang cantik ! masa dajah 3 saya dengan kakak pernah kena ganggu dengan lelaki gila seks masa nak pergi sekolah. Sangat biadap . sampai sekarang saya ingat motor si biadap 2 kalau saya jumpa saya kan patahkan anu dia dan sepak laju2.
Masa sekolah rendah walaupun ada pahitnya tapi masih ada manisnya. Kat sekolah saya selalu dapat hadiah. Ada yang dapat untuk kedudukan dalam kelas , subjek tertinggi , dan paling best dapat anugerah tokoh pengawas masa darjah 6. Saya juga penolong ketua pengawas tau masa darjah 6 bergandingan dengan si hensem boy taufiq fakhri ( kawan baik sampai sekarang )
Sekolah menengah rasa gementar sebab dapat kawan baru tapi lama-lama banyak kenangan dekat sekolah tu . form 1 dan form 2 duduk hostel lepas tu keluar sebab saya tak suka la jauh2 dengan family . asyik nangis je . kalau cerita waktu sekolah menengah tak habis berpage-page la gamaknya.
Tipu la kau saya cakap saya tak suka siapa-siapa masa sekolah menengah. Saya ada jugak suka jejaka ni. Tapi biasa la suka-suka monyet . kejap ada kejap tak ada . dia pun baik jugak . tapi bila dah besar . dia pun mungkin dah ada awek , jadi kena la lupakan. Tengok fb dia pun rasa dah ada kot . saya tak kesah sangat dah. ( dia tak baca blog saya so tak apa cerita kan ). Saya ada kawan baik dan rapat sampai masuk u pon sama kursus pun sama . nama dia nor julaiha kharuddin . best kawan dengan dia. Sempoi .
Sekarang 2011 saya dah masuk tahun ke3. Tapi sebab sakit kena la extend . sakit apa ? tengok la post yang lama . saya dah pernah cerita . masuk u ni saya tak ada cerita cinta sebab setia pada janji si dia . konon . lastnya dia tak ingat pun saya dah. Dah nasib orang tak cantik selalu kena tinggal kan . lupakan semua itu .
Saya ada kawan baik jugak kat uitm saya ada yantee . yantee la orang yang saya paling rapat sebab satu bilik sampai kami rasa macam adik beradik. Sekarang rindu sama dia sebab dah lama tak jumpa. Last jumpa before saya nak operation hari tu. Siti pulak baru je rapat ada jugak saya kawan lain nas dan adik2 comel suha fedy dan wani yang otak nya tak berapa normal. Tapi dorang semua simple dan best . .
kalau satu kos ukur bahan saya ada rose ya zati ira n nani. semua gila. bising . rindu la sama dorang. banyak kenangan dengan mereka. lebih2 lagi rose si rambut kerinting. tapi sekarang dia dah degree. tak sabar nak jumpa mereka ;D
Kalau cerita pasal masa lampau pasti ada sedih gembira duka lara . tapi masih ada sokongan dorongan bagi saya dah cukup bahagia .
Masa ini saya hanya fikir untuk bahagiakan mak dan adik beradik. Cinta kahwin mungkin masih awal untuk itu. Andai jodoh ada mungkin ada. Allah dah tetapkan semua itu Sebab kita hidup mengalas takdir yang Allah dah tetapkan untuk kita . takdir itu telah ada saat roh dan jasad bergabung .
Tuesday, September 20, 2011
masih TERsenyum (✿◠‿◠) ❤
Sunday, August 21, 2011
12 JAM BERTARUNG NYAWA !!
saya : ok !! but darah 4 what ?? hurmmm ok !! ( dalam hati : darah lagi !! nak cucuk dekat mana?? semua dah kene !! ) ;'(
kakak saya : hurmmm...blurr sebab dia dipanggil adik ..hahaha..keluar tadi dia jumpa kawan !! saya kakak dia ..:)
nurse : ooo..ingt adik !! grrr ..nak kata saya tua ke apa !!!
sambil msg2 tertido ....
doktor: malam